Suatu ketika, Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu..
1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan
yang dalam. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan
sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah
tawakal kepada Allah.
2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam
beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk,
lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.
3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan
yang dilakukanmu, maka marahmya ibu-bapamu itu adalah bagaikan baja
untuk tanam-tanaman.
4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu
lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.
5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai dua pilihan, menziarahi orang
mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang
mati kerana ia akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi semata-mata.
6. Wahai anakku, janganlah engkau menelan sahaja kerana manisnya
sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu
makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit
belu tentu menimbulkan kesengsaraan.
7. Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu
mencari illmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya, kerana ia
tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, tetapi setelah
banyak, dia tidak mampu memukulnya, padahal dia masih mahu
menambahkannya.
8. Wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka
ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana
dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak demikian, maka
berhati-hatilah.
9. Wahai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai
orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.
10. Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati
ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air
hujan.
11. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan
nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau
tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi
pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, janganlah engkau
peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang
engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka
My Life - My Story

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
belajar, bekarya, berbagi bagi semua hanya itu yang aku bisa
untuk meraih mimpi menggapai menjadi diri sendiri
sebuah Inspirasi yang tertunda
aspirasi lama yang menguat dan telah hilang mencoba untuk di angkat kembali
0 komentar:
Posting Komentar